• Menentang Cinta Taj Mahal

The Malaysian Insider

Sekolah, Universiti & Masa Hadapan Pendidikan

Saya percaya pendidikan sifatnya dinamik. Zaman dahulu sebelum sekolah wujud, manusia menuntut ilmu dengan mengembara dan berguru kepada bijak pandai dari satu tempat ke tempat yang lain. Ilmu diperoleh daripada ahlinya menurut bidang tertentu. Kemudian sekolah diperkenalkan, ilmu bertukar tangan dari ahli bijak pandai kepada institusi seperti universiti. Sehingga sekian lama, kita percaya sekolah dan universiti adalah pemilik ilmu.  … Read more →

Jangan Baca Kisah Samer Al Issawi Ini

Apakah yang anda fikir anda sedang lakukan? Mengapakah anda membaca tulisan ini? Saya tidak bermaksud untuk bersikap kurang sopan, tetapi saya bertanya kerana ingin tahu. Apakah anda secara tiba-tiba sampai ke laman ini? Adakah dari Twitter seseorang? Atau adakah saudara adalah pelayar tetap The Malaysian Insider? Bagaimana anda boleh sampai di sini? Inilah di antara pertanyaan yang sentiasa menyelubungi saya…. Read more →

Aaron Swartz & Tragedi Kepada Masa Hadapan

“There’s a battle going on right now, a battle to define everything that happens on the Internet in terms of traditional things the law understands.” — Aaron Swartz (1986-2013). November 2010, Aaron Swartz secara sembunyi meletakkan laptopnya di dalam sebuah almari wayar yang tidak berkunci di mana “homeless” meletakkan barangan mereka. Swartz menyembunyikan laptopnya di dalam sebuah kotak dan menyambungkannya… Read more →

Analisis laporan TIMSS 2011 (Bahagian 2) — Zul Fikri Zamir dan Anas Alam Faizli

Dalam bahagian pertama kami telah nyatakan analisis awal kami terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Malaysia di dalam standard pendidikan antarabangsa. Kami sedar Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki sistem sedia ada dengan pengenalan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) menggantikan orientasi peperiksaan, pelaksanaan program iThink melalui Agensi Inovasi Malaysia di kalangan guru-guru serta pelbagai program lain lagi. Dalam bahagian kedua… Read more →

Analisis laporan TIMSS 2011 (Bahagian 1) — Zul Fikri Zamir dan Anas Alam Faizli

Seorang ahli akademik dari Brazil telah berjaya membawa satu pembaharuan kepada konsep pedagogi kritis. Paulo Freire gigih menyangkal konsep pendidikan ala-ala “simpanan di bank” yang menurutnya pelajar dilihat seperti akaun kosong yang akan di isi oleh cikgu. Pelajar cuba dipenuhi dengan maklumat. Ini bukan pendidikan tetapi storan maklumat! Freire mencadangkan hubungan dua hala yang rapat di antara guru dan pelajar… Read more →

Pathei Mathos, Penswastaan Air & Mentaliti Kelas Ketiga

Hidup memang bukan mudah dan kerana payahnyalah kehidupan itu, aku dan engkau akan menjadi lebih bermakna sebagai manusia. Faisal Tehrani, Cinta Hari-hari Rusuhan.   SAYA merujuk kepada laporan The Star bertarikh 8 Januari 2013 dengan tajuk “SYABAS: Water crisis in Ampang and Cheras to continue till CNY” serta Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh pihak SYABAS juga pada 8 Januari 2013… Read more →

Drama Pendidikan Nasional

Syed Husein Alatas di dalam makalahnya “The meaning of progress in contemporary education” menyatakan: “The questions, which need to be highlighted, are “What has education done tu us?”, “Are we happy with what we achieved?”, “Is it going in the right direction?”, “How has education helped us to improved ourselves?” and “How has it made us understand things better?” (UKM,… Read more →

‘Counter-intelligence’ dalam teater ‘Tepuk Amai-amai’

DALAM bahasa Inggeris; perkataan ‘education’ berasal dari ‘E+ducere’, menurut Josh Jones, etimologi Latin itu membawa maksud ‘to lead or draw out’. Dalam bahasa Melayu ia bererti – untuk membawa keluar seseorang dari kegelapan ke dunia yang mencerahkan. 10 tahun yang lalu saya mengambil peperiksaan SPM di SM Sains Selangor. Saya hanyalah murid biasa-biasa. Berbanding rakan yang lain, saya di antara… Read more →

‘Ideologi Kaum Intelektual’ dan ‘Mazhab Pendidikan Kritis’

  *Artikel ini tersiar di Malaysiakini, 22 Oktober 2012 dengan tajuk ‘Rausyanfikir jadi-jadian dalam pelan pelbangunan pendidikan’. Di atas ialah tajuk asal dan tersiar di The Malaysian Insider pada 23 Oktober 2012.     Ketika dijemput menjadi panelis Dialog Orang Muda (DOM) di Rumah Pena pada 21 Oktober lalu anjuran PENA, perkara pertama yang saya tanyakan adalah berkenaan tajuknya yang… Read more →

Mendefinisikan Semula Asas Pendidikan Negara — Zul Fikri Zamir Mohamad Munir dan Anas Alam Faizli

31 Ogos 2012 ini genap 55 tahun Malaysia merdeka. Bukan sedikit perubahan dasar dan polisi pendidikan telah dilaksanakan.   Sebelum merdeka kita bermula dengan sistem pendidikan yang berasingan dengan sekolah-sekolah pondok, madrasah dan vernakular mengikut bangsa. Laporan Barnes kemudiannya cuba mencadangkan satu sistem pendidikan yang lebih menyeluruh di mana semuanya digabungkan di bawah satu sistem. Ini kemudian dicabar oleh Jawatankuasa… Read more →

Visit Us On FacebookVisit Us On TwitterVisit Us On Google Plus