• Menentang Cinta Taj Mahal

Fragmen Pedagogi Bahasa Tertindas – Sebuah Manuskrip Novel

1555321_727318210621463_1723494996_n

Suasana di sepanjang jalan sunyi dan sepi. Pokok-pokok getah menghurung dari hujung ke hujung. Bunyi unggas di tepi hutan bagai mengucapkan selamat jalan kepada mereka berdua. Jalan tanah merah yang berlopak di kiri dan kanan itu diamati dengan hati-hati oleh Hussein. Sesekali dia membelok untuk mengelak dari tayar basikalnya termasuk ke dalam lopak. Di tengah jalan tersebut tumbuh rumput-rumput halus menandakan jalan tersebut sering digunakan oleh motokar yang berulang-alik ke pekan.

Farid masih ingat lagi, tiga tahun dahulu apabila dia masih tidak pandai membaca, Hussein akan mengajarnya huruf-huruf roman satu per satu pada setiap malam di bawah cahaya lilin sehingga dia cekap menyebut 26 jenis kesemuanya. Ketika itu dia cemburu melihat Hussein sentiasa sahaja membaca buku pada malam hari. Bukan tidak pernah dia meminta Hussein membacakan kepadanya cerita-cerita tersebut, kadangkala sehingga habis lilin tersebut mencair.

Dan selepas dia pandai membaca walaupun ketika itu masih belum masuk sekolah, mereka sama-sama merah mata bersengkang malam menghabiskan buku-buku cerita Abah yang ada di rumah kerana dia sendiri pada waktu itu masih merangkak-rangkak untuk membaca.

Bukan setakat itu, kadangkala ketika Abah tiada di rumah apabila tiba waktu Maghrib, Ibu akan meminta Hussein mengajarkan Farid mengaji al-Quran. Selalunya Farid akan menangis kerana gagal menyebut dengan sebutan dan makhraj yang betul, atau kerana dimarahi Hussein kerana lembab menguasai hukum tajwid yang tertentu.

Lamunannya terhenti apabila tiba-tiba Hussein menyentap brek basikal tua tersebut. Seekor kucing melintas di hadapan mereka tiba-tiba. Brek tersebut telah menyebabkan Hussein tidak dapat mengawal basikal itu lagi. Mereka berdua jatuh tersembam ke atas tanah. Buku-buku bertaburan di sekitar jalan. Apabila Farid mengangkat mukanya dalam keadaan kesakitan, dia melihat cecair merah pekat turun laju dari kepala Hussein.

Tidak semena-mena kedengaran bunyi sentakan brek secara tiba-tiba. Sebuah Morris Oxford Marina datang dari arah belakang dan sedang menuju laju ke arah Farid yang terbaring di belakang basikal.

“Adik…!” jerit Hussein lantas bangun menuju ke arah Farid.

*Manuskrip Novel Pedagogi Bahasa Tertindas terbitan Dubook Press ini boleh dibeli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur mulai 24 April-4 Mei 2014, gerai , H16-H19, Dewan Tun Hussein Onn.
** Juga boleh dapatkan di www.dubookpress.com

Article written by

Please comment with your real name using good manners.

Leave a Reply

Visit Us On FacebookVisit Us On TwitterVisit Us On Google Plus