• Menentang Cinta Taj Mahal

Fragmen Pedagogi Bahasa Tertindas – Sebuah Manuskrip Novel

543946_777917865556930_942398405_n

 

[BAB 1, 2016, SURAT WIDYA KEPADA AYAHNYA]

Perkara utama yang saya tekankan adalah perihal kebutaan ahli politik bangsa kita melihat sejarah. Terus terang saya katakan kepada beliau mengenai perihal dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik yang masih belum memberi impak positif kepada negara serta kesannya kepada pembinaan negara bangsa.

Saya persoalkan kepadanya sewaktu mula-mula dilaksanakan pada tahun 2003, tiga belas tahun yang dahulu mengapa pihak kerajaan tidak mengambil kira pandangan dan pendapat pakar mengenainya, terutama pertubuhan pendidikan dan ahli-ahli akademik yang akan menjalankan kajian ilmiah untuk menentukan keberkesanan dasar tersebut.

Saya juga persoalkan, sehingga tiga belas tahun dilaksanakan, mengapa tiada satu pun laporan kajian ilmiah yang terperinci disiarkan kepada umum untuk menerangkan keberkesanan dasar yang telah dilaksanakan secara tergesa-gesa ini. Hakikatnya bahawa kejayaan kebanyakan negara-negara maju, seperti Jepun, Korea Selatan, China, Jerman, Finland dan Perancis yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa ibundanya telah membuktikan keberkesanan pendidikan bahasa ibunda.

***

Ketidakfahaman ini seterusnya menambah kecelaruan mental yang kemudiannya menghasilkan ideologi lain seperti Komunisme, Liberalisme, Kapitalisme, Sosialisme, Pluralisme dan pelbagai lagi sehingga mencampuradukkan kedudukan ilmu yang kemudiannya dipimpin oleh Auguste Comte atas aliran ‘Sains Kemasyarakatan’ yang semata-mata mementingkan ilmu tanpa memperlihatkan kepentingan terhadap sumber ilmu terbabit.

Fenomena moden ini yang muncul dari Barat sejak kurun ke-16 nyata menenggelamkan terus keupayaan intelek Islam dalam memperkembangkan garis panduan sebenar kepunyaan dan keupayaan ilmu pengetahuan. Hasilnya, blok Islam kelihatan mundur kerana berpegang pada tradisi kuno tanpa memperlihatkan keupayaan yang nyata pula dalam bidang keilmuan.

Kemuncaknya, penindasan berlaku akibat ketidakupayaan manusia mentadbir ilmu pengetahuan dengan baik. Penindasan ini muncul dalam pelbagai impak, yang nyata adalah terhadap manusia sendiri di mana peperangan tidak dapat dihentikan malah kesan terhadap alam pula semakin bertambah.

Kecamuk dunia dapat dilihat dengan jelas dan nyata, di mana perebutan kuasa dan politik menjadi penanda aras kepada kestabilan sesebuah negara. Bidang keilmuan nyata berkembang, tetapi dalam masa yang sama kita mengorbankan sistem nilai sebagai kos lepas terhadap situasi tersebut.

 

p/s: Manuskrip novel PBT ini mula dijual di gerai IndieKe, Dubook Press di Pesta Buku 1Malaysia, PWTC, KL dari 11-15 Disember 2103

Article written by

One Response

  1. CYA group
    CYA group at | | Reply

    Sebuah buku yang menarik untuk di kongsi dan berdiskusi kerana mempunyai visi dan perananngya tersendiri dalam memperjuangkan bahasa sebagai identiti sesuatu bangsa agar tak lekang dek panas, tak luput dek hujan

Please comment with your real name using good manners.

Leave a Reply

Visit Us On FacebookVisit Us On TwitterVisit Us On Google Plus