• Menentang Cinta Taj Mahal

Semangat Rakyat (baca; perennial) dan Revolusi (baca; absurd) menurut sudut pandang Silogisme

Bukan sesuatu yang mustahil untuk menggulingkan Hosni Mubarak. Begitu telah terjadi di Tunisia. Bahkan beratus tahun lalu revolusi terjadi disebabkan Firaun-Firaun (baca; pemerintah) beranggapan bahawa mereka kebal, tidak boleh digulingkan. Tetapi mereka lupa bahawa ‘kekebalan’ itulah (baca; imuniti) yang menjadi pemangkin semangat rakyat.

Semangat rakyat (baca; perennial), katanya adalah terma moden, sepertimana Neoplatonist (yang menggelar diri mereka Platonist) atau para Peripatetics dan pengikut Gnosticism. Dan siapa sangka selepas Tahafut al-Falasifah dan kematian Ibnu Rushd, masih lahir tokoh seperti Suhrawardi (pengikutnya menggelar diri mereka Ishraqi) dan Mulla Sadra (pengikutnya menggelar diri mereka Mutaaliyah) yang memekarkan kembali kegelapan dunia falsafah Islam.

Ramai yang tidak faham mengapa Tunisia dan Mesir boleh ‘chaos‘ sebegitu rupa. Ideologikal objektif sebegini besar tidak akan dapat dicerna oleh sesetengah golongan. Selera konservatif akan senantiasa menentang. Pihak-pihak anti modern modernis seperti kapitalis, kakitangan kerajaan peringkat tinggi, penguasa atau rakyat biasa yang terbiasa hidup mewah dan selesa memang tak akan bersetuju dengan idea barbarik sebegini.

Tidak menghairankan mengapa ramai tidak dapat membezakan antara revolusi dan absurd, atau revivalism dan esotericism. Kerana itu Kant mencadangkan kepada pengikut relativism, ruang dan masa tidak koheren kepada dunia sekeliling tetapi lebih kepada arahan minda terhadap pengalaman. Saya tidak peduli dengan cadangan Kant, tetapi bayangkan mengapa tidak kita belajar dari falsafah politik mengenai real politik?

Real politik inilah yang sebenarnya tidak difahami ramai. Strata atau lapis-lapis yang diwujudkan oleh politik, mewujudkan di akhirnya sebuah fondasi, asas pembentukan kuasa ketiga selepas ekonomi dan politik; iaitu rakyat. Rakyat tertindas, rakyat bawahan, pekerja kilang, ladang, tukang cuci,pelajar, lapis paling bawah dalam sistem piramid Firaun Moden sebenarnya adalah sebuah bom jangka yang bila-bila masa boleh meledak, seperti yang berlaku di Kaherah sekarang.

Rakyat mesir, pelajar kebanyakannya sudah tidak peduli dengan apa jua tindakan Mubarak selepas ini. Lantikan kabinet baharu, penggantian Naib Presiden baru, semuanya bukan soal paling tinggi. Soal paling tinggi adalah rakyat. Ramai yang kata keganasan bukan penyelesaian. Jangan lupa bahawa masalah keganasan ini bukan ditimbulkan oleh rakyat secara begitu sahaja atau nihil sifatnya. Soalnya keganasan Firauan Moden aka Mubarak terhadap rakyatnya sebelum ini bagaimana?

Ini juga bukan soalnya keselamatan para pelajar Malaysia di sana, atau kerisauan melampau mengenai para banduan yang telah berjaya melarikan diri (wujud laporan mengatakan banduan sengaja dilepaskan oleh SB-SB Mesir untuk memberi signal bahawa penunjuk perasaanlah yang telah menyebabkan semua ini berlaku). Paling penting untuk difahami adalah revivalism yang terjadi adalah disebabkan oleh penjarahan tenaga dan hasil negara terhadap rakyat! Inilah yang perlu diterima oleh nasionalis Mesir serta masyarakat antabangsa.

Siapa sangka tanpa talian hubungan telefon hatta internet sekalipun, Mesir masih dalam keadaan tidak terkawal. Berjuta rakyatnya masih turun ke jalan walau disekat dan diputuskan hubungan. Tanpa kekuatan media yang kononnya menjadi pemangkin kekuatan ini seperti Facebook dan Twitter sekalipun, rakyat Mesir masih berarak di jalan-jalan raya. Rakyat, memang boleh berkuasa jika mereka mahu tanpa apa-apa bantuan teknologi sekalipun.

Sukar untuk menelaah apa yang akan berlaku di Mesir ketika ini. Adakah Mubarak akan turun? Adakah rakyatnya akan berlembut? Bagaimana reaksi Israel, yang dikatakan bakal mengambil alih tentera Mesir sekiranya tidak dikawal (yang katanya sedang memerhati secara dekat – sedang berada di sekitar perairan Sinai ketika ini), reaksi jiran setempat seperti Jordan dan Arab Saudi?

Dan bagaimana pula reaksi Amerika serta negara Barat? Apakah mungkin wujud tekanan atau embargo ekonomi dan politik dari mereka?

Kita, tidak sesekali akan dapat memahami passion yang telah memandu rakyat Mesir sebegini jauh. ‘Imprisoned doctrine‘ yang mungkin dianuti rakyat bawahan, para pelajar kebanyakannya, pemuda-pemudi Kaherah adalah sebuah esoterik, East Esotericism mungkin, wujud akibat kepercayaan kepada falsafah Perennial (baca; semangat rakyat) yang terinspirasi oleh sebuah idea absurd (baca; revolusi).

Seorang rakan menulis di Facebook, semoga rakyat Malaysia masih waras dan tidak melakukan sebagaimana rakyat Mesir lakukan. Mungkin rakyat di Malaysia belum wujud keperluan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada. Mungkin juga rakyat di Malaysia sudah terlalu selesa. Maka soal selesa inilah yang membutakan kita semua.

Takut. Ketakutan kepada kerajaan. Ketakutan kepada kehilangan kerja. Ketakutan kepada huru hara yang belum terjadi. Malang buat bangsa kita kerana lambat untuk belajar. Lambat untuk memahami anti-tesis kepada natural politik dan real politik. Masih belum mampu meng-sintesis idea bahawa rezeki dan segalanya adalah takdir dan haq semata Allah SWT.

Saya cadangkan kepada anda semua untuk belajar Silogisme  berdasarkan dua revolusi (baca;absurd) yang berlaku di Tunisia dan Mesir. Bukan soal keganasan yang wujud (sila bezakan kausaliti ini; cause and effect) atau bicara selesa atau tidak. Fikirkan mengapa ianya terjadi dan bilakah agaknya bangsa kita akan belajar untuk mengambil pengalaman darinya.

p/s: Iran belajar banyak dari Revolusi 1979. Untuk makluman Iran adalah negara Islam pertama mampu membuat kapal terbang tenteranya sendiri, mampu menghantar satelitnya ke angkasa melalui kapal angkasanya sendiri dan pelbagai jenis ‘tech-crunch’ pelbagai yang masih tidak mampu diwujudkan oleh negara Islam yang lain.

Article written by

Please comment with your real name using good manners.

Leave a Reply

Visit Us On FacebookVisit Us On TwitterVisit Us On Google Plus